Lost

Lost in my own blog.

Dah lama tak berangan menulis cerita pendek, otak pun dah tumpul. Kisah Hannah yang sedang nak disambung pun dah tak tersambung pasal lama sangat tertangguh. Idea pun dah merajuk.

Now in the making of new cerita pendek. Just cincai-cincai one laa. Haha. Tapi tajuk tak letak lagi sebab tengah fikir nak letak tajuk apa yang sesuai. Cerita pendek kali ni memang betul-betul pendek; just a simple story.

Berkisarkan seorang gadis yang mempunyai zaman silam yang amat dia kesalkan. Dan perkahwinannya dengan jejaka yang dikasihi telah membongkar ingatan yang kian dilupakan. Dua-dua pihak kini berperang dengan diri masing-masing antara cinta dan luka. And of course I will end it up with happily ever after. Haha! Just untuk pengajaran;

"Ia adalah perjuangan disisi Allah dan tidak layak dipertikaikan oleh sesiapa pun." 

Kisah lepas adalah lepas. Yang penting siapa dia pada hari ini dan apa sumbangan kita selain mencerca dan memperlekehkannya?

p/s: Jangan mudah memperlekehkan seseorang, mana tahu kita lebih lekeh pada Allah daripada dia. Mmmuuahhh!! Haha! :P

Pengsan

I'm trying finishing new story from Salju Cinta Hannah. But lately my works won't allow it.

Rasa macam nak pengsan! Banyak sangat kerja yang dilambakkan sampai tak terkejar. Tension. Stress. Non stop work until end of April. Oh God!

Tak tau bila cerpen tu boleh siap. -_-

Salju Cinta Hannah II

Shuib membisukan diri. Diam menekur lantai. Dia tahu dia yang bersalah. Kalaulah dia pulang ke rumah awal semalam... Kalaulah dia tidak perlu oncall semalam... Apa guna ber’kalau-kalau’ lagi...hanya membuka ruang hati kepada bisikan syaitan. Nasi sudah pun menjadi bubur. Yang penting dia harus mencari Hannah.

Puan Suwaibah yang memangku Aisyah juga mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukan. Dia kecewa dengan Shuib. Malu dengan menantunya. Malu dengan besannya. Surat Hannah ditangan diserahkan kepada suaminya. Encik Kamarul juga mendiamkan diri. Merah padam mukanya menahan marah. Kecewanya melangit. Mana mahu diletak muka depan besannya? Budi yang dihulur dibalas tuba.

“Abi tak tahulah nak cakap apa Shuib. Anak abi ni belajar sampai luar negara. Tapi kenapa la cetek sangat pegangan kamu? Benar, salah abi dan umi sebab memaksa kamu terima perkahwinan ni. Tapi kalau betul kamu dah tak suka sangat, beritahu kami. Sebagaimana kami ambil Hannah daripada ibubapanya dengan baik, biar kami pulangkan kembali dengan cara yang baik juga.”

Puan Suwaibah sudah berlinang air mata. “Tak apalah Shuib. Ni semua salah umi dan abi. Sekarang terpulanglah pada kamu. Shuib pilihlah jalan Shuib sendiri. Selesaikan dengan baik. Cuma....” Air matanya Puan Suwaibah mengalir lagi. Hatinya hancur.

“Umi... Ib minta maaf. Ib minta maaf.” Shuib sudah melutut mendekati Puan Suwaibah.

Meleret

Adoyaii.... pening sebab pembawakan yang baru ni. Tak boleh tidur malam. Then esok pergi kerja. Balik tidur sekejap. Lepas tu malam tak boleh tidur. Tidur hanya 2-3 jam sehari. Sampaikan hari ni mamai di jalanraya. Kereta dihadapan yang berjalan, dirasakan kereta sendiri yang mengundur ke belakang. Parah!

Tak tahu macam mana nak ending kan SCH II sebab makin meleret. Kadang-kadang rasa macam dah nonsense. Aduhai...boleh ke siap minggu ni? Dan Ahad ni post? Sebab sudah berjanji...


P/s: Si kecil, tolong la bagi mama tidur malam ni.

It's Okey

Memandangkan saya ni penulis cabuk yang kononnya cepat melenting sebab ditegur, so I'll do as judgement made. Come on la, budi bahasa budaya kita. Once you respect others, you will be respected too. Simple. 

Saya menulis kerana hobi. Kerana saya penulis cabuk juga, saya bukan pakar untuk menyiapkan semua karya dalam sekelip mata. Saya buat seadanya saya mampu. Jika kita suka menegur atau mengkritik, its okey. Tapi cara teguran itu biarlah menunjukkan kita ini seorang dewasa.

Jika pernah berforum, adab berforum tidak dibenarkan menggunakan huruf besar dan tanda seru. Bold juga ditegah jika tidak memerlukan. Disebabkan kita berkomunikasi di alam maya yang memungkinkan dalam penyampaian maksud ayat yang kita keluarkan, maka adab berforum itu digariskan supaya tiada salah faham dan mengurangkan rasa kurang senang serta salah faham orang lain. Apabila tanggapan orang lain sudah negatif, tudinglah jari pada diri sendiri kerana mereka tidak berada dihadapan anda. Lain orang, lain padangnya.

Menempelak orang memang mudah. Tapi adakah kita sedia jika kita ditempelak?

Jika bercakap sekadar hanya untuk diri sendiri, gunalah bahasa yang macam mana pun yang anda suka. Tapi jika anda bercakap berhubung dengan orang lain, gunalah bahasa yang masyarakat selesa. Kerana itulah cermin mereka pada anda.


P/s: Kerana saya penulis cabuk, saya memikirkan untuk menghentikan penghantaran ke Penulisan2u.com. Biarlah tulisan-tulisan saya layu disini. Kerana ianya pun hanya sekadar hobi.

Adakah hanya kita berada disebelah pihak pembaca/pelanggan kita boleh berkata sewenangnya?

Pinky??

Erk...sekali tengok blog ni meremang pulak bulu roma. Pinky...ape ni jambu-jambu ni. Love-love pulak. Macam childish pun ada. Hmm...nak tukar ke ha? Nak edit semula tak?

Memang kontrast betul la dengan blog satu lagi. Haha. Tak apalah. Lantaklah. Cakap loving-loving....hahaha.

Moral: Tak semua yang kita suka sama dengan apa yang orang lain suka. Tak semua yang kita fikir sama dengan apa yang orang lain fikir. Letaklah diri kita pada kedudukan orang lain. Jangan mudah menyanggah. Perkara yang kita rasa senang, kita takkan tahu selagi kita belum melaluinya sendiri.


P/s: Mengantuk. Tak jadilah sambung buat SCH II. Nite.

Salju Cinta Hannah

Hannah melangkah masuk menurut langkah Shuib. Rumah teres setingkat itu kelihatan kemas dan tersusun dengan olahan perabot yang tidak keterlaluan. Ruang tamu juga terasa sejuk dengan pemilihan warna nude pearl.

“Duduklah. Ada perkara yang perlu kita bincangkan.” Hannah hanya mengangguk sambil memandang suaminya memangku si kecil Aisyah. “Aku rasa baik aku berterus terang saja. Aku tak suka dengan perkahwinan ni dan aku tak pernah setuju pun dengan perkahwinan ni. Aku pun tak tahu kenapa kau terima lamaran umi. Aku rasa kau sedar yang dalam keadaan Kak Alina baru ‘pergi’ dalam 5 bulan, tak mungkin aku akan setuju untuk perkahwinan ni. Aku teruskan perkahwinan ni sebab aku taknak berjauhan dengan Aisyah. Aku rasa kau faham kan.”

Tubir mata Hannah terasa panas. Dia sudah agak ada sesuatu yang tak kena daripada mula lagi. Sejak majlis akad nikah sampai la sekarang, Shuib tak pernah tersenyum padanya. Yang ada hanyalah wajah yang hambar dan endah tak endah. Malam pertama juga Shuib tidak menyahut sapaannya. Tetapi ketika itu dia cuba bersangka baik. Mungkin suaminya penat. Sayangnya pengakuan Shuib tadi menyangkal sangkaan baik Hannah. Benarlah firasatnya.

Syawal Terakhir

Hi! Okey, ni adalah cerpen yang mula-mula sekali saya buat. Dah lama. Masa zaman belajar lagi. Dan setahun lepas tu baru cuba hantar di Penulisan2u.com. Alhamdulillah masa tu ada komen positif. Tapi lepas daripada tu lama berhenti menulis. Tak sempat fikir pun sebab terikat dengan student's life tambah-tambah masa tu aktif dengan segala bagai <buat-buat aktif yer :P >.

*********************



Catatan Hati Nurul Iman
24 Oktober 2006 / 1 Syawal 1427

"...bergenang air mata ini
sebak sudah namun tidak jatuh juga..
..menangis cumalah hati ku
senyum tawa pada duduk ku duka lara..."

Apa yang mampu aku katakan lagi, ianya kehendak Ilahi. Terpaksalah aku redha dengan apa yang berlaku. Lemah semangat ku melihat mereka pergi serentak di depan mata ku. Tidak sanggup rasanya melihat jenazah dua insan yang sangat dikasihi dikebumikan di depan mata di saat takbir kemenangan bergema di merata-rata.

Hee...New Blog

Aloha^^

Hee... gatal-gatal tangan kan buat blog baru. Blog satu lagi pun tak terjaga, jadi anak tiri ~ekeke. Blog ni sebenarnya khas untuk karya-karya (poyo betul!) and something for public. Sebab memang dah ada blog tapi private untuk diri sendiri je ~sebetulnya untuk syok sendiri ye. Yihaa!! :P ~

So harap dengan adanya blog ni, semoga kerajinan saya untuk menulis akan bertambah...amiinn.. ~haha.


p/s: Sudah la ko Nz. Poyo betul!